Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki bertindak membatalkan kesemua program dan kempen yang menampilkan ahli politiknya di Jerman menjelang referendum bertujuan meluaskan kuasa Presiden, Recep Tayyip Erdogan pada bulan depan di tengah-tengah berlaku perbalahan diplomatik yang memuncak.
Keputusan mengejut ini diambil selepas tiga minggu perbalahan berlaku antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung perhimpunan pro-Erdogan yang telah diharamkan di beberapa buah negara anggota kesatuan itu.
“Semua acara yang telah dirancang telah dibatalkan selepas keputusan dibuat di Ankara,” kata jurucakap yang berpangkalan di Cologne.
Sementara itu, Presiden kumpulan perhimpunan pro-Erdogan, Zafer Sirakaya menyatakan perhimpunan berkenaan dibatalkan kerana sebab-sebab keselamatan.
Turki mengadakan program dan kempen negara itu untuk menarik sokongan 1.4 juta rakyatnya yang berada di Jerman supaya menyokong referendum pada 16 April untuk menghapuskan jawatan perdana menteri dan mengantikannya presiden dengan kuasa eksekutif. – AFP
22 Mac 2017 - 19:27
News ID: 819392
Turki bertindak membatalkan kesemua program dan kempen yang menampilkan ahli politiknya di Jerman menjelang referendum bertujuan meluaskan kuasa Presiden, Recep Tayyip Erdogan pada bulan depan di tengah-tengah berlaku perbalahan diplomatik yang memuncak.